Jangan biarkan majikan mempergunakan korang dan suruh buat itu ini atas dasar korang ni pekerja Part Time. Korang perlu tahu yang pekerja Part Time pun ada termaktub dan dilindungi dibawah Akta Kerja 1955 di bahagian Undang-Undang Kerja (Pekerja Separuh Masa) 2010. Kalau mengikut peraturan kerja di bawah klause 'masa kerja normal', ianya membawa maksud masa kerja yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau yang ditentukan bawah peraturan 4. Tetapi peraturan ini tidak digunapakai bagi pekerja separa masa- (a) Pekerja separa masa iaitu yang diambil bekerja secara sekali sekala atau tidak tetap, hanya apabila diperlukan dan yang masa kerjanya dalam seminggu tidak melebihi tiga puluh peratus (30%) daripada masa kerja yang normal seseorang pekerja sepenuh masa dalam seminggu (yang juga dikenali sebagai pekerja sambilan) (b) Dan yang menjalankan kerja untuk seseorang majikan dalam kediaman pekerja itu, tanpa mengira pekerjaan (yang juga dikenali sebagai pekerja bekerja di rumah). Masa kerja normal pekerja separa masa sekiranya masa kerja pekerja sepenuh masa tidak dapat dipastikan Salah satu perkara yang paling utama sekali korang perlu tahu sebagai pekerja separa masa ini adalah masa bekerja. Ada sesetengah majikan yang memaksa pekerja sambilan dia untuk kerja satu hari penuh tanpa henti sepanjang bulan mengalahkan pekerja tetap. Jadi ketahui hak korang dengan membaca klause ini: (1) Jika masa kerja normal seseorang pekerja sepenuh masa tidak dapat dipastikan atau tiada pekerja sepenuh masa yang bekerja dalam kapasiti dan perusahaan yang sama, masa kerja normal seorang pekerja sepenuh masa hendaklah disifatkan sebagai lapan jam dalam sehari atau empat puluh lapan jam dalam seminggu.